Tempat Pertama

Thursday, December 31, 2009


Pasukan yang mewakili Lane 5 ini telah menjuarai dalam acara berkumpulan yang disertai oleh tiga pemain lelaki dan seorang wakil tunggal perempuan. Mereka ialah Ustaz Khairul, Wan Zul, Aizat dan Nurul.

Dalam acara pertandingan bowling ini, pasukan Lane 5 telah menjuarai kumpulan dengan jumlah jatuhan pin bagi 3 games adalah 1497 dengan 25 strikes dan 30 spares. Pasukan ini pada asalnya bukanlah sebagai pasukan sasaran untuk memenangi perlawanan ini sebaliknya tidak meletakkan apa-apa target.

Jumlah jatuhan individu bagi pasukan ini dirangkul oleh Wan Zul iaitu sebanyak 505 jatuhan pin dengan 10 strikes dan 15 spares dan juga memenangi bagi pemain yang paling tinggi jatuhan pin. Diikuti dengan Ustaz Khairul dengan jatuhan pin sebanyak 385 dengan 9 strikes dan 5 spares.

Bagi Nurul pula mengutip sebanyak 306 jatuhan pin berbeza 5 jatuhan pin dengan Aizat dan mengutip sebanyak 2 strikes dan 6 spares manakala bagi Aizat pula denganjumlah jatuhan pin adalah 301 dan mengutip 4 strikes dan 4 spares.

0 Comments:

Streaming