Sunday, December 27, 2009
Pada 26 Disember 09 telah berlangsung acara bowling antara pelatih yang mengambil jurusan komposit. Seramai 28 pemain terlibat yang dibahagikan kepada tujuh kumpulan. Dalam setiap kumpulan mewakili empat orang pemain.
Turut hadir sama dalam kejohanan tersebut adalah En Zin selaku penaja utama yang juga tenaga pengajar kepada pelatih siri 1 dan 2. Turut mengambil bahagian dalam acara bowling itu juga adalah Ustaz Khairul yang mana menunjukkan kehebatannya setelah sekian lama tidak beraksi.
Acara yang dipertandingkan adalah pasukan terbaik, skor tertinggi bagi lelaki dan perempuan, hadiah misteri, cabutan bertuah dan keseragaman pakaian. Tujuh hadiah cabutan bertuah disediakan dan dua hadiah misteri turut disediakan yang mana masing-masing dimenangi oleh Nurul Ain dari kumpulan 6 dan Nurul Nissa kumpulan 5. Hadiah bagi keseragaman pakaian dimenangi oleh pasukan kumpulan 6 yang diketuai oleh Aizuddin.
Juara bagi acara berpasukan telah dimenangi oleh dari pasukan kumpulan 5 yang dianggotai oleh Aizat, Azmi, Nurul dan Ustaz Khairul dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1497 bagi 3 game dengan strike sebanyak 25 dan spare sebanyak 30.
Bagi kategori individu skor tertinggi lelaki dimenangi oleh Azmi dari kumpulan 5 dengan jatuhan pin sebanyak 505 bagi 3 game yang dipertandingkan dengan 10 strike dan 15 spare. Bagi kategori individu skor tertinggi perempuan dimenangi oleh Ros dari kumpulan 1 dengan jatuhan pin 342 bagi 3 game dengan 4 stike dan 8 spare.
Acara bermula jam 10.30 pagi itu berakhir jam 1.30 petang dan sesi bergambar antara pasukan yang bertanding turut dihadiri oleh Firdaus dan isterinya, Hajar. Kejohanan bowling ini akan diteruskan lagi pada bulan Februari 2010 yang mana pemilihan adalah berdasarkan pilihan secara undi.
0 Comments:
Post a Comment