Jangan Lupa Hantar Report

Sunday, April 25, 2010

Perhatian kepada sahabat-sahabat Mycomposites Team anda dinasihatkan menghantar report industri secepat mungkin kerana pada bulan Mei akan diadakan presentation. Kerjasama dari sahabat amatlah dihargai.

Kepada sahabat-sahabat yang belum mendapat kerja bolehla berhunbung dengan ADMIN kerana ada banyak jawatan kosong di beberapa buah tempat termasuklah di kilang sahabat-sahabat buat praktikal.

Contoh jawatan yang kosong adalah::

1) Draftman
2) Asistant Design
3) Accounting
4) Cleaner

Selain itu sahabat-sahabat boleh memohon untuk kilang SUNPOWER dan banyak lagi kilang di MELAKA

Mereka Dapat Tempat

Sudah lama saya tidak menulis untuk blog Mycomposites ini. Keadaan masa yang mencemburui adalah satu faktor di mana untuk menulis diruangan ini terbatas. Tapi tidak menagapa kerana dihujung minggu ini tidak ada apa-apa yang patut dilakukan.

Mari kita lihat apa yang sudah berubah kepada sahabat-sahabat kita dalam industri komposit. Hanya tinggal 3 lelaki dan 3 perempuan termasuk seoarang dari Bahagian Kualiti.

Nurul Ain telah ke bahagian office untuk jawatan Programming Desing Project. Bagi beliau, bekerja di bahagian Production adalah lebih bebas kerana mempunyai ramai kawan. Pernah ada orang dibahagian atas ingat Ain seorang yang pendiam tetapi itu hanya di alam office sahaja dan tidak berlaku di bahagian production. Beliau sangat ceria jika ke bahagian production. Itulah gelagat sahabat saya yang seorang ini.

Illy Salwana pula sekarang jadi Pembantu Production Manager. Duduk dalam office buat kerja-kerja berkaitan projek dan menyusun serta menegenal pasti mana-mana panel yang akan dijalankan memandangkan ASM projek dijangka siap pada bulan Mei atau Jun ini. Bukan senang nak jadi pembantu Production Manager. Turun naik masuk sana sini dan bagi Illy itu adalah tanggungjawabnya. Sekarang dia bercuti di Pahang. Rehat jap kot. Hehe.

Juwita pula dah jadi macam 'tauke' besar. Hehe. Tetapi banyak kena handle projek yang bakal masuk ke dalam syarikat.

Azlan yang selama ini berjuang dalam production telah diangkat ke bahagian CNC. Kehidupannya di bahagian CNC membuatkan beliau menjadi seorang yang pendiam. Hehe. Sebelum ini beliau banyak menghabiskan masa bersama team production.

Asri pula bakal dihantar oleh syarikat ke Singapura dalam program pemasangan projek ASM ini. Saya begitu gembira sebab dapat melihat sahabat-sahabat mendapat tempat masing-masing. Tahniah kepada Asri sebab dapat ergi overseas. Hehe.

Saya pula nak tahu buat apa? Kerja saya adalah ukur panel. Jika panel itu bermasalah maka tugas saya perlu berhubung dengan bahagian design. Jika saya dapat kesan masalah, maka panel itu diberhentikan serta merta. Kerja saya lebih kepada check panel dan pantau anak-anak buah bahagian cutting sprint dan honeycomb. Tetapi mungkin satu hari nanti saya sudah tidak bersama mereka kerana saya dah dapat...

Streaming